Friday, 8 November 2013

Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2014

          Pada 7 - 8 November 2013, semua staf SK Kpg Bungan telah melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Sekolah Tahun 2014. hal ini merangkumi bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan Ko-Kurukulum. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Guru Besar SK Kpg Bungan, Encik Ephrem Ya bin Bangir bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah.

           Antara agenda yangv dibincangkan ialah :-
          
  1. Pengagihan mata pelajaran bagi setiap guru
  2. Pembentukan jawatankuasa Kurikulum, HEM dan Ko-Kurikulum
  3. Perancangan aktiviti pada tahun 2014
  4. Perbincangan perlantikan  ketua dan penolong ketua murid ,pengawas sekolah, pustakawan, ketua dan penolong ketua kelas, ketua dan penolong asrama putera, ketua dan penolong asrama puteri serta ketua serta penolong setiap bilik-bilik asrama.
  5. Perancangan tarikh Latihan Kecemasan Kebakaran 2014
  6. Pengagihan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan kepada setiap guru.
  7. Perancangan Program Gotong-royong Perdana bersama PIBG pada 30 Disember 2013 sebagai persediakan sebelum sesi persekolahan tahun 2014 bermula.

* Semua ini bagi melancarkan pengurusan pihak pentadbiran SK Kpg Bungan pada tahun 2014.

No comments :

Post a Comment